Sejak kebelakangan ini
banyak kita melihat orang awam memakai pakaian rasmi tentera, ianya menjadi
satu genjala di Sosial Media dengan memperagakan pakaian Rasmi Tentera di
posting Facebook bagi tatapan umum.
Isu Uniform Farid Kamil |
Pakaian yang menjadi pilihan oleh orang awam adalah pakaian Celoreng Tentera dan dicampur adukkan dengan pakaian lain. Sebagai contoh memakai Baju Celoreng Tentera Darat dan mengenakan seluar Tentera Udara. Ini dilihat menjatuhkan Imej Tentera yang mana ianya sangat menitik beratkan displin Etika Pemakaian Tentera.
Jika anda ingin mengenakan pakaian Tentera anda juga boleh menunjukkan minat
anda dengan menyertai Wataniah dan sama-samalah kita mempertahankan Kedaulatan
Negara.
![]() |
Pakaian Loreng Askar Wataniah |
Kepada yang masih tidak tahu, atau pura-pura
tidak tahu, ataupun sememangnya tidak mahu ambil tahu, terdapat Rang
Undang-Undang atau Akta yang melarang pihak-pihak yang tidak layak memakai
pakaian tentera, dan juga mengguna peralatan ketenteraan mengikut kehendak hati
mereka. Berikut diringkaskan akta-akta yang telah diperuntukkan mengikut
perundangan yang sedia ada.
KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab
45).
-SEKSYEN 140. MEMAKAI
PAKAIAN ASKAR, KELASI ATAU PENERBANGAN.
AKTA KESALAHAN KECIL 1955
(AKTA 336).
-SEKSYEN 16. MEMILIKI SECARA HARAM
BARANG-BARANG KEPUNYAAN ASKAR, TENTERA LAUT, TENTERA UDARA ATAU
POLIS
-SEKSYEN 25. MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM YANG TIDAK DIBENARKAN.
Jelas sekali,memang
wujudnya Akta dan perundangan yang melindungi serta mempertahankan hak-hak
pemakaian tentera agar kredibiliti serta integriti perkhidmatan tidak
tercemar atau dicemari. Jadi anda boleh mempelajari sesuatu tentang SENI DISPLIN PAKAIAN TENTERA.
PILIHAN DITANGAN ANDA
0 Comments